Skip to main content

Kenapa Beli Rumah Perlunya Melantik Peguam ?

KENAPA BELI RUMAH KENA PAKAI PEGUAM BERBANDING BELI KERETA?

"Aku xtau apa fungsi peguam perumahan ni selain dari nak duit duit duit. Beli kereta ratus ribu pun xpayah peguam2. Beli rumah 180ribu sampai dua peguam nak kena bayar. Ni peguam dah call nak kena bayar strata la ape la. bayar itu la ini la." - Pembaca blog tempatan

Kata-kata di atas adalah antara tohmahan yang sering dilemparkan kepada kami, peguam hartanah.

Telinga kami mungkin sudah tepu mendengar persepsi segelintir masyarakat terhadap kami. Biarlah, jika begitu persepsi segelintir mereka. Kami tidak mampu tutup mulut orang. Kerana kami percaya masih ramai lagi di luar sana yang memahami dan menghargai peranan kami dalam membantu melindungi hak dan kepentingan manusia.

Dalam posting ini saya tidak bercadang untuk menjawab secara spesifik tentang tohmahan di atas. Tetapi saya hanya ingin menjelaskan kenapa dalam sesuatu urusan jual beli hartanah, perlu bagi seseorang itu melantik peguam berbanding dalam urusan jual beli kenderaan.

1. Perbezaan tempoh pinjaman

Tempoh pinjaman beli kenderaan adalah lebih singkat berbanding tempoh pinjaman pembelian hartanah. Tempoh pinjaman kenderaan kebiasaannya adalah antara 5 hingga 9 tahun sedangkan tempoh pinjaman perumahan/ hartanah menjangkau sehingga 35 tahun.

Atas sebab ianya melibatkan tempoh pinjaman yang panjang, maka adalah perlu pihak-pihak dalam sesuatu urusan jual beli hartanah melantik peguam untuk melindungi hak dan kepentingan mereka sejak daripada awal transaksi lagi. Walau bagaimanapun sekiranya anda yakin anda mampu lindungi hak dan kepentingan anda sendiri, dan pihak bank juga yakin terhadap anda, anda boleh sahaja tidak lantik peguam.

2. Penglibatan pihak lain

Urusan jual beli kenderaan hanya melibatkan 3 pihak sahaja, iaitu penjual kenderaan, bank dan pembeli. Sedangkan dalam urusan jual beli hartanah, transaksi nya akan melibatkan banyak pihak termasuklah pembeli, penjual, bank penjual, bank pembeli, LPPSA, pejabat tanah, pejabat duti setem, majlis daerah, pihak berkuasa negeri dan sebagainya.

Adakah anda mampu berurusan dengan semua pihak tersebut untuk menyelesaikan urusan transaksi jual beli hartanah anda? Jika mampu, boleh sahaja anda tidak lantik peguam untuk mewakili anda dan anda boleh uruskan nya sendiri. Dipersilakan.

3. Peruntukan undang-undang yang terlibat

Urusan jual beli kenderaan hanya akan melibatkan satu peruntukan undang-undang sahaja iaitu Akta Sewa Beli.

Sedangkan dalam transaksi jual beli hartanah terdapat pelbagai undang-undang yang berkaitan dan terpakai, termasuklah Akta Kontrak, Kanun Tanah Negara, Akta Pemajuan Perumahan, Akta Hakmilik Strata, Akta Setem dan banyak lagi.

Oleh yang demikian mampukah anda memahami semua akta-akta tersebut? Jika jawapannya ya, bisa sahaja anda uruskan sendiri urusan jual beli hartanah anda. Boleh jimat duit, bukan?

4. Prosedur yang merumitkan

Urusan jual beli kenderaan tidak akan melibatkan prosedur yang complicated. Semuanya telah disebut dengan terperinci satu persatu dalam Akta Sewa Beli.

Sedangkan prosedur urusan jual beli hartanah kadangkala agak complicated dan memeningkan. Peguam sendiri pun kadang kala sampai migrain hendak menyelesaikan masalah yang agak complicated tersebut.

Maka, jika anda sanggup dan mampu menyelesaikan kerumitan dalam urusan jual beli hartanah tersebut secara sendiri, silakanlah uruskan sendiri transaksi jual beli hartanah anda.

5. Menandatangani dokumen

Urusan jual beli kenderaan tidak mengkehendaki dokumen-dokumen yang berkaitan ditandatangan di hadapan peguam sebagai saksi.

Tetapi dokumen urusan jual beli hartanah mengkehendaki ianya ditandatangani di hadapan peguam atau pegawai pejabat tanah. Sebagai saksi, peguam tersebut terpaksa berhadapan dengan liabiliti dan mereka juga akan dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi di mahkamah kelak sekiranya terdapat apa-apa dispute melibatkan dokumen yang disaksikannya tempoh hari.
Maka sanggupkah anda menjadi saksi terhadap semua dokumen jual beli yang anda sendiri tandatangan.? Dan sanggupkah anda hadir ke mahkamah sebagai saksi untuk mengesahkan penyaksian terhadap dokumen yang anda sendiri tandatangan?

Jika sanggup, anda boleh sahaja sediakan perjanjian sendiri dan menjadi saksi kepada diri sendiri atas semua transaksi jual beli hartanah yang anda lakukan.

Dan jika terdapat sebarang perbalahan di kemudian hari anda sendiri lah yang perlu tanggung liabiliti dan hadir sendiri ke mahkamah memberi keterangan.

Dan apabila peguam telah mewakili anda dalam transaksi jual beli hartanah anda, sudah pastilah akan ada caj perkhidmatan dikenakan. Melainkan peguam tersebut adalah bapa atau ibu anda sendiri.

Sama juga sekiranya anda sakit, anda perlu berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Dan sudah pasti anda akan dikenakan caj perkhidmatan terhadap rawatan dan ubat yang diberikan. Tetapi anda berhak untuk tidak berjumpa doktor sekiranya anda mampu merawat sendiri penyakit anda tersebut.

Oleh yang demikian, berdasarkan sebab-sebab di atas, adalah perlu untuk anda lantik peguam dalam sesuatu urusan jual beli hartanah. Bukan untuk orang lain, tetapi demi kebaikan diri anda sendiri juga.

Harap penjelasan ini dapat merungkai kekeliruan persoalan yang dibangkitkan oleh pembaca di atas. Itu pun bagi orang-orang yang ingin memahami. Jika masih tidak mahu faham, kami serahkan semuanya kepada Allah Taala.

Tiadalah daya, tiadalah upaya kami untuk memberi kefahaman kepada manusia, melainkan Dialah jua yang berkuasa atas segala-galanya.

Wallahuaklam.

Terima kasih,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Comments

Popular posts from this blog

Petua Menghilangkan Batuk

Petua Hilangkan Batuk . Batuk merupakan respon tubuh untuk mengeluarkan lendir, debu atau jerebu melalui saluran pernapasan. Setiap orang pasti pernah mengalami batuk, sekurang-kurangnya satu tahun sekali. Batuk biasanya akan hilang dalam waktu tiga minggu dan tidak membutuhkan pengubatan khusus. Pemakaian ubat batuk sampai kini belum terbukti sepenuhnya. Justru orang lebih suka memakai petua tradisional untuk meredakan batuk. Batuk bisa disebabkan oleh virus yang menyebabkan saluran pernapasan mengalami infeksi. Selain dikarenakan virus penyebab infeksi, ada lagi punca yang menyebabkan batuk iaitu: Penyakit turunan atau jangka panjang yang mudah kambuh, semisal asma,   chronic obstructive pulmonary disease (COPD) , atau bronkitis kronis, sinusitis, pneunomia, dan tuberculosis. Terdedah alergi kepada jerebu dan debu, atau bisa juga rinitis alergi terhadap serbuk sari (hay fever). Penyakit refluks gastroesofagus. Penyakit yang berhubungan dengan virus seperti selsema dan i...

8 Petua Menghilangkan Sakit Tekak Semulajadi

Petua Hilangkan Sakit Tekak . Sakit tekak dikenali sebagai faringitis dalam dunia kedoktoran. Masalah ini disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus seperti pada kes selsema. Pesakit sakit tekak kebanyakan kanak-kanak dan remaja, alasannya kerana kekebalan terhadap sakit tekak baru tercipta pada usia dewasa. Ketika sakit tekak, ada beberapa gejala selain rasa sakit saat menelan makanan, ini dia: Sakit kepala Tonsil yang bengkak akibat radang Kelenjar yang membesar pada leher Batuk Selsema Kesakitan otot Rawatan sakit tekak tidaklah sukar. Tanpa memakai ubat-ubatan pun sakit tekak boleh sembuh dengan cara mengurangkan gejala seperti elakkan merokok serta jauhi persekitaran yang disesaki oleh jerebu. Berkumur pakai air garam hangat juga boleh dicuba, atau cukupi keperluan air bila disertai demam. Elakkan makanan atau minuman yang terlalu panas. Untuk remaja dan orang dewasa boleh menghisap gula-gula pelega tekak.   Punca sakit tekak itu berbeza-beza, tapi kerap dis...

10 Khasiat Barli Yang Kita Perlu Tahu

10 Khasiat Air Barli Yang Mungkin Anda Tak Tahu Barli merupakan sejenis bijirin yang kaya dengan Vitamin B Kompleks, Zat besi , kalsium, magnesium, manganese, selenium zink, protein, asid amino, serat dan beberapa jenis antioksida yang lain Anda boleh dapatkan semua khasiat tersebut dengan memakannya, tetapi apa yang lebih baik adalah anda boleh membuat air barli – dan dapat kelebihannya (tanpa sedikit kurang pun). Pengamalan minum air barli sekara berkala boleh membantu menyihatkan badan anda, pada masa yang sama menjauhi pelbagai jenis penyakit. Selain minum air barli, anda juga boleh memasukkan beras barli ini ke dalam salad, dan sayur air. Pada kali ini, anda akan didedahkan  10 khasiat air barli  kepada kesihatan dan tubuh badan anda. 10 Khasiat Air Barli Berikut adalah khasiat-khasiat air barli dari pelbagai sudut kesihatan (dan kulit juga): 1. Merawat UTI UTI merujuk kepada urinary tract infections, ataupun jangkitan saluran kencing. Deng...