Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Siapakah Bilal Bin Rabah

Sejarah Kisah Bilal dan Kumandang Adzan Terakhirnya. Bilal bin Rabah adalah seorang budak berkulit hitam dari Habsyah (Ethiopia) yang memeluk agama Islam ketika masih masih menjadi budak. Namun ketika keislaman Bilal diketahui oleh majikannya, Bilal-pun terus disiksa setiap hari agar ia meninggalkan islam. Sehingga suatu hari Abu Bakar memerdekakan Bilal dan iapun menjadi sahabat paling setia Rasulullah SAW. Dalam sebuah hadits diceritakan bahwa Rasulullah saw pernah bermimpi mendengar suara terompah Bilal di surga. Ketika hukum syariat adzan diperintahkan oleh Allah orang yang pertama kali disuruh oleh Rasulullah untuk mengumandangkannya adalah Bilal bin Rabah, ia dipilih karena suara Bilal sangat merdu. Wafatnya Rasulullah, membuat Bilal dilanda kesedihan yang mendalam. Suatu ketika Khalifa Abu Bakar meminta Bilal untuk menjadi muadzin kembali, namun dengan perasaan yang masi...

Apa itu Air Kelapa Muda ?

Apakah itu Air Kelapa? Air kelapa merujuk kepada air yang semula jadi terdapat di dalam buah kelapa – ianya manis dan berwarna sedikit putih, sesetengah ada yang jernih. Ia mengandungi karbohidrat yang senang untuk dicerna, di dalam bentuk gula dan elektrolit. Air kelapa biasanya di ambil dari buah kelapa muda, yang berwarna hijau itu – dan air kelapa juga dikenali sebagai air kelapa muda. Orang tidak minum air kelapa dari buah kelapa tua (berwarna coklat) kerana airnya sudah masam dan boleh memudaratkan, bukannya memberikan manfaat. 7 Khasiat dan Manfaat Air Kelapa Muda 1. Membantu Menurunkan Berat Badan Kandungan lemak yang terdapat di dalam air kelapa sangat rendah. Oleh itu, anda boleh mengambilnya tanpa rasa takut ia akan menyebabkan peningkatan berat badan. Selain itu, air kelapa juga boleh mengurangkan selera dan membuatkan anda rasa mudah/cepat kenyang – kerana ia mengandungi banyak nutrisi. 2. Mencantikkan Kulit Bagi orang yang mengalami jerawat ataupun ...

10 Khasiat Barli Yang Kita Perlu Tahu

10 Khasiat Air Barli Yang Mungkin Anda Tak Tahu Barli merupakan sejenis bijirin yang kaya dengan Vitamin B Kompleks, Zat besi , kalsium, magnesium, manganese, selenium zink, protein, asid amino, serat dan beberapa jenis antioksida yang lain Anda boleh dapatkan semua khasiat tersebut dengan memakannya, tetapi apa yang lebih baik adalah anda boleh membuat air barli – dan dapat kelebihannya (tanpa sedikit kurang pun). Pengamalan minum air barli sekara berkala boleh membantu menyihatkan badan anda, pada masa yang sama menjauhi pelbagai jenis penyakit. Selain minum air barli, anda juga boleh memasukkan beras barli ini ke dalam salad, dan sayur air. Pada kali ini, anda akan didedahkan  10 khasiat air barli  kepada kesihatan dan tubuh badan anda. 10 Khasiat Air Barli Berikut adalah khasiat-khasiat air barli dari pelbagai sudut kesihatan (dan kulit juga): 1. Merawat UTI UTI merujuk kepada urinary tract infections, ataupun jangkitan saluran kencing. Deng...

Rawatan Demam Campak Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak

Rawatan Demam Campak . Demam campak (measles) adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus. Penyakit ini boleh menular melalui udara ketika pesakit bersin atau gelas yang telah dipakai minum oleh pesakit demam campak. Demam campak biasanya dialami oleh bayi dan kanak-kanak, sebab ketika kecil sistem kekebalan tubuh masih lemah. Tapi tidak sedikit juga orang dewasa yang mengalami demam campak. Demam campak boleh dikenali dari beberapa gejala. Berikut tanda demam campak yang biasa muncul: Mata merah dan sensitif terhadap cahaya Selsema, sakit tekak, dan hidung tersumbat Panas demam Tompok putih keabu-abuan pada mulut dan tekak Tanda lain yang boleh dipastikan mendiagnosis seseorang mengalami demam campak adalah timbul bercak atau ruam berwarna merah-kecoklatan pada seluruh kulit tubuh yang bermula dari belakang telinga, sekitar kepala lalu menjalar ke leher, dan akhirnya ke seluruh tubuh. Apabila anak Anda mengalami tanda demam campak seperti yang disebutkan, mak...

Petua Hilangkan Resdung Secara Tradisional

Petua Hilangkan Resdung Tradisional . Resdung adalah penyakit yang disebabkan oleh adanya inflamasi atau keradangan pada dinding sinus. Keradangan ini kerap disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Resdung biasa dipanggil sinusitis, meski sebetulnya terdapat perbezaan. Sinusitis adalah penyakit yang boleh menjangkiti semua orang pada segala umur. Punca utama dari kemunculan resdung yang paling umum ialah akibat jangkitan virus. Tidak banyak orang yang sedar mengalami resdung pada awalnya sebab memang tandanya pun hanya berupa masalah kecil. Inilah beberapa tanda-tanda resdung yang perlu Anda tahu: Di awal, akan muncul mukosa atau lendir berwarna kuning atau hijau daripada hidung. Wajah akan terasa berat dan sakit di sekitar dahi, mata, dan dagu, terutama apabila ditekan. Bersin-bersin, pilek, dan selsema. Merupakan jangkitan saluran pernafasan atas. Demam dengan suhu 38 ° Celsius atau lebih. Sakit gigi. Sakit kepala. Berkurangnya kemampuan dalam mencium sesuatu. Hid...

8 Petua Menghilangkan Sakit Tekak Semulajadi

Petua Hilangkan Sakit Tekak . Sakit tekak dikenali sebagai faringitis dalam dunia kedoktoran. Masalah ini disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus seperti pada kes selsema. Pesakit sakit tekak kebanyakan kanak-kanak dan remaja, alasannya kerana kekebalan terhadap sakit tekak baru tercipta pada usia dewasa. Ketika sakit tekak, ada beberapa gejala selain rasa sakit saat menelan makanan, ini dia: Sakit kepala Tonsil yang bengkak akibat radang Kelenjar yang membesar pada leher Batuk Selsema Kesakitan otot Rawatan sakit tekak tidaklah sukar. Tanpa memakai ubat-ubatan pun sakit tekak boleh sembuh dengan cara mengurangkan gejala seperti elakkan merokok serta jauhi persekitaran yang disesaki oleh jerebu. Berkumur pakai air garam hangat juga boleh dicuba, atau cukupi keperluan air bila disertai demam. Elakkan makanan atau minuman yang terlalu panas. Untuk remaja dan orang dewasa boleh menghisap gula-gula pelega tekak.   Punca sakit tekak itu berbeza-beza, tapi kerap dis...